Artikel diambil dari Web Medic Hidayah
Soalan
Salam
Tuan Haji, saya Azman dari Segamat Johor. Persoalan saya ialah, apakah
gangguan syaitan boleh terjadi dibulan Ramadan yang mulia ini? Ini
kerana saya melihat sendiri bagaimana adik perempuan saya mengalami
kerasukan, menjerit dan mengilai-ngilai terutama pada ketika tengah
malam. Sedangkan kita sekarang berada di bulan Ramadan? Apa yang saya
tahu, iblis dan syaitan dirantai ketika bulan puasa ini. Mohon
pencerahan daripada Tuan berkaitan perihal ini. Terima kasih dan selamat
menjalani ibadah puasa.
Jawapan
Alhamdulillah,
bersyukur kita kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita dipertemukan
dengan bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Bulan yang Allah sediakan
begitu banyak pahala untuk direbut umat Islam melalui setiap ibadat,
sehingga Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud:
“Tidur bagi orang yang berpuasa itu adalah ibadat, manakala diamnya adalah bertasbih.” - HR al-Baihaqi
Betapa
besarnya kelebihan Ramadan sehinggakan tidur pun dianggap ibadat. Pada
bulan inilah diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatulqadar.
Malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan digandakan pahala amalan
pada malam tersebut.
Puasa memiliki
banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa dan kecantikan.
Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat. Puasa juga boleh
mengeluarkan kotoran, toksin atau racun dari dalam tubuh, meremajakan
sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan
yang baru. Dengan berpuasa juga dapat memperbaiki fungsi hormon,
menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh secara
semulajadi.
Di bulan ini juga Allah
SWT menurunkan petunjuk bagi manusia, iaitu al-Quran. Kita digalak
memperbanyakkan serta menggandakan bacaan al-Quran berserta maksudnya
pada bulan mulia ini. Pada bulan inilah pintu langit akan dibuka
seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada umat Islam memohon ampun dan
memanjatkan doa, paling penting kegembiraan orang yang berpuasa dengan
ikhlas pada Ramadan kerana berpuasa dapat menghalang manusia daripada
melakukan kejahatan.
Syaitan juga
tidak dapat menghasut manusia pada Ramadan. Namun persoalannya ialah,
bagaimana dibulan yang penuh kemuliaan ini masih berlaku kes-kes
kerasukan? Sedangkan dalam hadis Nabi SAW ada bersabda:
“Apabila
datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup
pintu-pintu neraka dan dirantai / dibelenggu para syaitan.” - HR al-Bukhari dan Muslim
Pengalaman
saya di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah selama 10 tahun dalam menangani
kes-kes kerasukan mendapati ketika bulan Ramadhan kejadian rasuk kerap
berlaku. Malah terdapat kerasukan dimana pesakit bertindak sangat
agresif sedangkan pada ketika itu pesakit berpuasa!
Kerasukan
Di rencana saya yang lepas, saya ada menyentuh mengenai isu kerasukan atau histeria. Dari aspek perubatan moden, hysteria atau kerasukan adalah disebabkan oleh gangguan mental seseorang atau dipanggil "mental disability'' yang akhirnya membawa kepada halusinasi atau ''halusination''. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan diri yang melampau dan keadaan ini akan membuat pesakit akan menjerit, meracau dan ada juga yang boleh bertindak ganas.
Daripada perspektif
perubatan islam, kerasukan dikaitkan dengan keadaan seseorang yang
mengalami gangguan jin atau iblis. Menurut pengalaman pesakit yang
pernah dirawat kerasukan, mereka ternampak pelbagai perkara yang
menakutkan hinggalah mereka tidak sedarkan diri dan meracau-racau. Ada
juga yang mendakwa mereka berasa sejuk dan panas pada bahagian badan,
fikiran bercelaru, hati menjadi tidak keruan yang akhirnya membawa
kepada tidak sedarkan diri dan seterusnya dirasuk.
Hakikat Penciptaan Jin
Bagi
menjelaskan perkara yang berkaitan dengan kejadian gangguan kerasukan
ini. Eloklah kita menyelusuri hakikat penciptaan jin serta sejarah
kejadiannya.
Kewujudan jin adalah
sesuatu yang tidak boleh dinafikan kerana ia juga termasuk makhluk
ciptaan Allah SWT. Tujuan penciptaannya juga adalah sama sebagaimana
tujuan penciptaan manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku” - Surah Az-Zariyat:56
Bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW menyatakan beberapa jenis jin yang bertebaran di muka bumi ini iaitu
- Iblis merupakan ketua atau bapa kepada seluruh jin dan syaitan
- As-Syaitan iaitu syaitan-syaitan yang membisikkan kejahatan
- Al-Maraddah membisikkan perasaan agar manusia merasa ragu-ragu atau was-was
- Al-‘Afrit melaksanakan tipu daya
- Al-A’waan merupakan pelayan-pelayan
- At-Tayaruun iaitu jin-jin yang berterbangan
- Al-Ghawaasuun jin-jin yang tinggal di dalam air
- At-Tawaabi iaitu kuncu-kuncu atau pengikut-pengikut setia
- Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan
- Al-Ummaar iaitu pemakmur
Daripada
jenis-jenis tersebut,ada dikalangannya yang beriman dan taat kepada
perintah Allah malahan tidak melakukan sebarang kejahatan khususnya
kepada manusia.
“Dan
sesungguhnya diantara kami ada yang soleh dan diantara kami ada pula
yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang
berbeza-beza" - Surah Al-Jinn:11
Jika
sekiranya golongan jin ini mentaati Allah SWT, maka mereka akan diberi
ganjaran di akhirat kelak. Begitulah sebaliknya jika mereka yang ingkar
maka selayaknya balasan azab yang pedih menanti di hari pembalasan.
“Masuklah
kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada
kamu, daripada jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk
akan saudaranya (golongan sendiri); hinggalah apabila mereka semua
berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan
pertama di antara mereka: “Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah
menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang
berlipat kali ganda daripada (azab) neraka”. Allah berfirman:”Kamu
masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu
tidak mengetahui.” - Surah al-A’raf:38
Menurut
Syeikh Jadul Haq (bekas Syeikh Al-Azhar), Iblis adalah 'abu syaitan'
(bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak
kebaikan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah
yang menyeru ke arah kejahatan dan kerosakkan. Syaitan ialah golongan
yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin
juga.
Sejarah Iblis
Firman Allah SWT:
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…” - Surah al-Kahfi: 50
Iblis turut dikenali dengan nama Azazil. Sebelum penciptaan Nabi Adam a.s. Azazil merupakan imam kepada para malaikat. Riwayat menceritakan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat:
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”.
Menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Luh Mahfuz itu adalah dirinya. kemudian diberitakan kepada para malaikat, menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya.
Ketika Allah menciptakan Nabi Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud hormat kepada Nabi Adam. Maka para malaikat sujud tunduk kepada perintah Allah melainkan Iblis. Dia menolak, kerana merasakan bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau ciptakan dari tanah?”. - Surah al-Isra’:61
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi. Maka Azazil dihalau keluar dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya. Firman Allah SWT:
Dia (Iblis) berkata: “Khabarkanlah kepadaku, inikah orang yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, pasti aku akan sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil”. - Surah al-Isra’:62
Iblis telah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam. Justeru, gangguan daripada Iblis dan tentera-tenteranya akan terus berkesinambungan sehinggalah ke hari kiamat kelak. Maka mohonlah perlindungan daripada Allah taala agar kita terhindar daripada kejahatan dan gangguan mereka.

Syaitan yang Dirantai
Dari
sudut pandangan Islam, para Ulama berbeza pendapat dalam menafsirkan
maksud hadis tentang syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan.
Ibn
Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang dimaksudkan dengan
syaitan yang dirantai itu ialah para syaitan tidak dapat menggoda umat
Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam
melaksanakan ibadah berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat. Di
bulan ini juga umat islam sibuk dengan aktiviti-aktiviti kerohanian
seperti membaca al-Quran dan berzikir.
Menurut
pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa
ianya hanyalah satu ‘majaz’ atau kiasan untuk menunjukkan betapa syaitan
sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa. Ini
kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan
saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu
yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak
dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan
di'rantai'. Namun beliau tidak menolak bahawa syaitan benar-benar
dirantai.
Menurut pandangan Imam
As-Syafie pula, “hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu,
manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat
maksiat di bulan Ramadhan”.
Kesimpulan
daripada pendapat-pendapat tersebut, jin dan syaitan masih lagi dapat
mengganggu manusia dibulan ramadhan ini. Keteguhan iman serta amalan
ibadah seseorang yang sebenarnya dapat membelenggu jin, menghindari
daripada hasutan kejahatan serta tipu dayanya.
Penutup
Puasa
adalah suatu ibadat ‘tazkiyah al-nafs’, iaitu proses penyucian jiwa dan
nurani daripada segala penyakit rohani. Ia dapat meningkatkan nilai
taqwa di sisi Allah SWT. Nilai ketaqwaan inilah yang dapat menghindarkan
kita daripada gangguan makhluk-makhluk halus. Apabila kita berpuasa
jiwa kita menjadi kuat sehingga dapat menakluk nafsu. Ini adalah kerana
apabila lemah kekuatan badan, kita dapat mengawal lidah, hati (fikiran)
dan anggota-anggota tubuh badan kita dari melakukan perkara-perkara yang
bercanggah dengan syariat. Puasa memiliki fungsi untuk menghidupkan
hati atau jiwa yang lemah diperkudakan nafsu. Kerana nafsu merupakan
sasaran syaitan yang ampuh dalam usaha merosak dan menyesatkan umat
manusia.
Berikut surah-surah amalan bagi mengelakkan diri dari gangguan kerasukan:-
Berikut surah-surah amalan bagi mengelakkan diri dari gangguan kerasukan:-
- Surah Al Baqarah ayat 165 hingga 186
- Surah Al A’raaf ayat 146 hingga 159
- Surah Al Baqarah ayat 244 hingga 255
- Surah Al Mukminun ayat 105 hingga 118
Jadikanlah
Ramadan sebagai bulan untuk meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah
SWT dan istiqamah dilakukan dibulan-bulan yang lain juga. Begitu pula
dengan amalan berpuasa, jadi ia sebagai rutin hidup kita. Selain dapat
mengamalkan sunnah, kita juga dapat memelihara kesihatan tubuh badan
kita daripada pelbagai jenis penyakit dan terhindar dari kerasukan!
Insya-Allah.
0 comments:
Post a Comment