Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Showing posts with label politik kotor. Show all posts
Showing posts with label politik kotor. Show all posts

Pengamal politik kecam guna bomoh

SENAI - Pendekatan menggunakan khidmat bomoh untuk memantapkan kedudukan mereka dalam politik menerima kecaman pengamal politik.

Veteran Umno, Mohd Yusuf Omar, 61, yang telah lebih 40 tahun bersama Umno berkata, perkara utama yang perlu dititikberatkan setiap calon mahupun individu dalam parti adalah kerja keras dan sikap tanggungjawab.

Katanya, menggunakan khidmat bomoh untuk meraih sokongan bukan hanya menyalahi syariah Islam, malah boleh menjejaskan imej parti dan menyebabkan tanggapan negatif oleh masyarakat.

Tak relevan guna bomoh untuk menang

SHAH ALAM - Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin politik yang masih percaya kemenangan dalam pilihan raya bergantung kepada bomoh adalah tidak relevan. Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, kedudukan atau pengaruh sebagai pemimpin atau wakil rakyat dalam masyarakat merupakan kekuatan utama memenangi hati rakyat, bukannya menggunakan bomoh.

Politik bomoh: Sama hukum dengan ramal nasib

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad - Foto Ihsan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
SEREMBAN - Menggunakan khidmat bomoh bagi mengubati sakit tertentu seperti gangguan makhluk halus, dibolehkan. Namun, sekiranya untuk kepentingan politik, ia sama seperti bertenung nasib dan hukumnya syirik.