Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Showing posts with label tapediri. Show all posts
Showing posts with label tapediri. Show all posts

Minyak Ibu Tapediri

Menurut flyers yang diperolehi di internet. Antara kelebihan yang akan diperolehi dari memakai minyak ini adalah dapat menghindari diri dari Unsur Khianat manusia durjana seperti terkena santau, sihir dan anasir jahat.

Ia juga dapat menghindarkan diri kita daripada gangguan Jin dan Makhluk Halus. Selain itu dapat menghindari diri daripada cubaan penjenayah seperti Rogol, Cabul, Rompak dan Ragut.

Terakhir sekali adalah minyak ini dapat memagar harta benda kita seperti kenderaan, rumah dan pelbagai ancaman lain.

Minyak Ibu Tapediri dikuasakan dengan Formyla M.I.T .

Sejauh mana keberkesanannya dan adakah mendapat pengesahan dari Jakim, pihak RIT tidak dapat dipastikan. Wallahua'lam.

P/s : pihak kami menyarankan anda rujuk dengan pakar agama terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Apa itu Tapediri ?

Tentu ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya Tapediri ini. Mungkin maklumat ini dapat membantu anda.

TAPEDIRI adalah singkatan kepada: TAqwa, PErtahanan DIri & Rawatan Islam. Tapediri diri adalah cabang ilmu kebatinan dan juga rawatan Islam.Tapediri menggunakan sepenuhnya ayat-ayat dari Al Quran. (Tiada langsung bacaan bersifat mentera atau seru).Mempelajari ilmu TAPEDIRI dangan amalan surah-surah dari Al Quran. Tiada Mentera tiada seru dan tanpa menggunakan alat seperti kemenyan, kain kuning, keris,tiada bantuan JIN atau makhluk yang sudah meninggal dan sebagainya kerna perlu diingatkan bahawa tiada satu roh pun yang boleh balik ke dunia ini.