Apa itu Tapediri ?

Tentu ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya Tapediri ini. Mungkin maklumat ini dapat membantu anda.

TAPEDIRI adalah singkatan kepada: TAqwa, PErtahanan DIri & Rawatan Islam. Tapediri diri adalah cabang ilmu kebatinan dan juga rawatan Islam.Tapediri menggunakan sepenuhnya ayat-ayat dari Al Quran. (Tiada langsung bacaan bersifat mentera atau seru).Mempelajari ilmu TAPEDIRI dangan amalan surah-surah dari Al Quran. Tiada Mentera tiada seru dan tanpa menggunakan alat seperti kemenyan, kain kuning, keris,tiada bantuan JIN atau makhluk yang sudah meninggal dan sebagainya kerna perlu diingatkan bahawa tiada satu roh pun yang boleh balik ke dunia ini.


TAPEDIRI juga adalah salah satu PERGURUAN yang mementingkan silaturrahim dan juga ukhwah malah sama sekali menolak sifat mazmumah. Jemaah dilarang sama sekali bergaduh, meninggi diri malah jemaah digalakkan bersikap IKHLAS – beramal, SABAR BILA DIUJI.  SYUKUR – nikmat, REDHO – ketentuan, HARAP –berdoa, TAWAKAL – berserah, rendah diri dan mengalah kerana tidak semestinya mengalah itu “KALAH”. Kebanyakkan pertubuhan yang ada sekarang ini pada mulanya berlandaskan Amal Makruf Nahi Mungkar tetapi lihat sekarang ape yang berlaku,malah sifat mazmumah semakin mengawal diri mereka contoh ego,garang,mengaku kuat,gagah dan sebagainya sedangkan sifat itu ALLAH amat murkai.

Sumber :- http://tapedirijohor65.blogspot.com/2012/12/pengalaman-pengamal-tapediri.html

0 comments:

Post a Comment