Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Showing posts with label cara kesan jin dalam badan ruqyah. Show all posts
Showing posts with label cara kesan jin dalam badan ruqyah. Show all posts

Pantang Selepas Rawatan Islam

Pantang Selepas Rawatan Islam
Ramai diantara pesakit tidak mengendahkan pantang larang selepas menerima rawatan islam. Ini akan menyebabkan pesakit berkemungkinan besar menerima gangguan baru mahupun gangguan lama kembali semula. Berkemungkinan juga pesakit tidak tahu akan pantang larang selepas menerima rawatan.

Secara am nya pantang larang adalah perkara atau aktiviti yang perlu dielakkan oleh pesakit selepas menerima rawatan dari mana-mana perawat.

Motivasi Ketika Sakit Gangguan Jin

Motivasi Ketika Sakit Gangguan Jin
Ketika sakit dek gangguan jin, kita perlu memiliki motivasi yang tinggi untuk meneruskan kelansungan hidup. Mungkin ada dikalangan pesakit terdiri daripada Ayah kepada anak-anaknya yang perlu menyara keluarga. Mungkin bos kepada anak majikannya yang perlu mentadbir dan menguruskan syarikat. Kesakitan yang dialami dapat dikurangkan dengan memiliki motovasi yang sangat tinggi.

Apa itu Ruqyah dan Bacaannya

Untuk pengetahuan semua,Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. 

Jenis-jenis sihir adalah sihir rumahtangga sehingga perceraian, sihir pengasih/guna-guna, sihir tipu pandangan, sihir gila, sihir santau, sihir kelesuan badan, sihir penyakit anggota badan, sihir penghalang pernikahan, sihir perniagaan dan banyak lagi.  

Saka pula ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.