Pantang Selepas Rawatan Islam

Pantang Selepas Rawatan Islam
Ramai diantara pesakit tidak mengendahkan pantang larang selepas menerima rawatan islam. Ini akan menyebabkan pesakit berkemungkinan besar menerima gangguan baru mahupun gangguan lama kembali semula. Berkemungkinan juga pesakit tidak tahu akan pantang larang selepas menerima rawatan.

Secara am nya pantang larang adalah perkara atau aktiviti yang perlu dielakkan oleh pesakit selepas menerima rawatan dari mana-mana perawat.


Perlu diingatkan bagi mereka yang pernah kerasukan, pada badan anda akan memiliki laluan masuk keluar bagi jin. Dan jin mudah tertarik pada anda. Erti kata lain, potensi anda diganggu jin semula agak tinggi. Melainkan anda mengamalkan kaedah-kaedah tertentu untuk menutup semula laluan pada badan anda.

Pantang larang Selepas Menerima Rawatan Islam ( Sebaiknya 40 hari)


  1. Jangan pergi ke kawasan kubur kerana dikawasan kubur merupakan kediaman pilihan dikalangan jin.
  2. Jangan menghadiri kenduri kendara kerana ketika ramai orang berkumpul kita tidak tahu ada salah seorang diantara mereka ada membela jin ataupun ingin mencuba-cuba ilmu
  3. Jangan menghampiri kawasan-kawaasn yang keras (berhantu)
  4. Jangan mendekati orang sakit yang kerasukan jin kerana dikhuatiri jin yang merasuk itu akan berpindah masuk kepada anda.
Soal Jawab
  1. Kenapa mesti 40 hari, xnak 40 hari buat 41 hari pun boleh atau 42 hari. 40 hari itu mewakili tempoh yang lama yang difikirkan sesuai.
  2. Kalau xboleh nak ikut jugak, xde masalah. Sebab pantang larang ini bukan terdapat hadis yang menyokong. Cuma keilmuan dan pengalaman perawat sahaja. 
  3. Kalau dah xdapat nak elak, banyak-banyakkan lah berdoa kepada Allah supaya tiada apa yang berlaku. k.
Setiap perawat islam ada kaedah tersendiri didalam mendinding pesakit. Mungkin ada yang pesakit kena amalkan. Dan mungkin ada juga yang perawat mampu menutup lubang-lubang tersebut.

2 comments:

  1. Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Kaki terasa seperti terkena renjatan elektrik, Di hidung terasa seperti di Cucuk Jarum, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda Panas yang begerak-gerak, dibahagian Belakang Kepala Terasa berat - Sakit. Di sebelah Malam tidur saya diganggu, saya hanya dapat tidur 2 jam setiap hari. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya.~ LEMAL
    Allahallahsatu@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes seperti adik saya, sekarang bertambah baik.sila email saya.

      Delete