Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Showing posts with label rawatan resdung. Show all posts
Showing posts with label rawatan resdung. Show all posts

Radang Sinus (Resdung)

Artikel Radang Sinus (Resdung) ini diambil dari Kementerian Kesihatan Malaysia . Jom kita tambahkan penmgetahuan dan kefahaman serta cara mengawalnya. Moga bermanfaat.

Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Radang sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

  • Radang sinus akut.
  • Radang sinus kronik.


Apakah agen penyebab radang sinus?

Radang sinus boleh disebabkan oleh:

  • Virus.
  • Bakteria.
  • Kulat.


Agen penyebab radang lain:

  • Alahan.
  • Iritasi kimia.
  • Ketumbuhan dalam hidung (polyp).


Apakah tanda dan gejala radang sinus?

Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:


  • Hidung tersumbat.
  • Batuk.
  • Sakit kepala atau muka.
  • Jerawat pada muka.
  • Selesema berpanjangan.
  • Hidung berbau busuk.
  • Demam.
  • Letih dan lesu.
  • Hilang deria rasa dan bau.
  • Batuk teruk pada waktu malam.


Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?

Radang sinus akut boleh menyebabkan:

  • Radang sinus kronik.
  • Sakit kepala kronik.
  • Bisul pada sinus maxilar.
  • Sinus frontal.
  • Sinus ethmoidal.
  • Otak.
  • Mata.

Bagaimana merawat radang sinus?

Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara:

  • Rehat yang cukup.
  • Bernafas dalam wap panas daripada semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit (panadol).
  • Ubat selesema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung.
  • Antibiotik sekiranya penyebab adalah bakteria.


Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:


  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang).
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang.
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Bagaimana cara mencegah radang sinus?

Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:

  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
  • Pastikan kelembapan di rumah baik.
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.
  • Berhenti merokok.
  • Hindari alkohol.
  • Ambil ubat selesema sebelum berenang/menyelam.

Rawatan Resdung

Ada beberapa kaedah sebenarnya untuk rawatan resdung. Antaranya adalah dengan melalui kaedah Ghurah. Ghurah ini adalah suatu kaedah dengan memasukkan cecair ke dalam hidung dan cecair tersebut dapat mengeluarkan lendir-lendir resdung melalui mulut, hidung mahupun mata. Terlebih dahulu mari kita kenali apa itu resdung.

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.

Ghurah adalah suatu pengubatan tradisional yang begitu praktik di amalkan pada masa dahulu. Ianya menggunakan campuran bahan-bahan organik, dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Tetapi ianya begitu kesan sekali. Dengan Kos yang murah, kami akan memberikan khidmat Ghurah kepada anda yang berminat.

Kelebihan Ghurah adalah dapat memanjangkan pernafasan bagi mereka yang terlibat didalam bidang seni suara samda penyanyi, artis mahupun muazin dan ada juga pesakit kami yang akan memasuki pertandingan Tilawah peringkat negeri turut mendapatkan khidmat Kami.

Oleh itu penyakit resdung mampu mencapai ketahap yang bahaya sehingga akan memakan sebahagian hidung kita. Carilah perawat yang dapat merawat penyakit resdung anda.