Memahami Rawatan Alternatif

Soalan? Mutakhir ini rawatan alternatif semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan alternatif dan perbezaannya dengan rawatan konvensional (alopati).

Jawapan:/b> Perawatan bermaksud perbuatan merawat, pemeliharaan, penyelenggaraan, pembelaan dan penjagaan. Perkataan yang sinonim ini memberikan makna sama iaitu kelakuan bagi tujuan memastikan sesuatu itu terus atau kembali berada dalam keadaan baik.

Perawatan dilihat sebagai suatu yang lebih khusus dan satu cabang daripada perubatan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa proses perawatan turut mempunyai unsur penjagaan diri tetapi pada tahap amat minimum.

Perubatan pula mempunyai pengertian yang luas iaitu semua perkara yang bersangkutan dengan hal berubat.

Dari sudut morfologi, perkataan 'perubatan' mempunyai perbezaan yang agak signifikan dengan perkataan 'pengubatan' yang membawa makna lebih khusus iaitu perihal mengubati (menyembuhkan penyakit, pesakit dan sebagainya). Ia mempunyai pengertian hampir dengan perkataan perawatan.

Alternatif bermaksud pilihan antara dua pilihan. Pengertian dari sudut bahasa memberikan nilai yang sama antara kedua-dua pilihan tanpa melebihkan satu pilihan atas pilihan yang lain. Justeru, dari sudut bahasa, perawatan alternatif adalah satu pilihan lain kepada perawatan sedia ada diguna pakai secara meluas.

Kefahaman itu sedikit berbeza dengan kefahaman dikemukakan dalam Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam yang meletakkan superioriti perubatan alopati ke atas pengubatan Islam.

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPTK KKM) telah mendefinisikan perawatan alternatif sebagai kaedah perawatan yang berlainan daripada kaedah perawatan konvensional atau moden.

Ia bersesuaian dengan penggunaan Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan yang telah memberikan definisi Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari sebagai amalan perubatan tradisional dan komplementari yang diamalkan bersama, selain perubatan atau pembedahan oleh pengamal perubatan berdaftar seperti terkandung dalam Akta Perubatan 1971.

Sehubungan itu, BPTK KKM telah menyenaraikan enam jenis amalan perawatan alternatif dengan jenis modaliti bagi setiap jenis amalan iaitu perubatan tradisional Melayu yang modalitinya herba Melayu, urut Melayu dan bekam.

Perubatan tradisional Cina menggunakan akupunktur, moxa, herba Cina, Tuina dan Qigong sementara perubatan tradisional India pula seperti Ayurveda, Siddha, Unani serta yoga. Terakhir ialah perubatan homeopati.


1 comment:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 887 4351 35870

    ReplyDelete