Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Showing posts with label utusan malaysia. Show all posts
Showing posts with label utusan malaysia. Show all posts

Adam AF2 tubuh Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasan


Minat dalam ilmu perubatan Islam mendorong bintang yang digilap dari program Akademi Fantasia musim kedua, Adam AF2 berhijrah dan mendalami bidang keagamaan, lebih dua tahun lalu.
Namun, kata penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang juga pemilik nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 29, mengakui dia tidak berubah secara drastik atau terikut dengan artis lain yang berhijrah sebaliknya semuanya bergerak perlahan-lahan. 
“Sebenarnya, sudah lama saya terdetik hati nak berubah sekali gus mendalami agama Islam. Semuanya bermula apabila ahli keluarga terdekat jatuh sakit akibat perbuatan sihir. 

Sukar tidur sejak 13 tahun lalu?


MACHANG 11 Jan. - Seorang warga emas, Ibrahim Mat Noor, 78, dari Kampung Laklok di sini mendakwa menghadapi masalah sukar untuk tidur dan lebih banyak menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pada waktu malam, sejak 13 tahun lalu.

Isteri warga emas terbabit, Rokiah Mustafa, 60, berkata, masalah sukar tidur yang dihidapi oleh suaminya bermula selepas lelaki itu mengadu dipatuk seekor ular ketika sedang membersihkan kebun milik mereka di kampung berkenaan.

Menurut Rokiah, selepas kejadian itu, suaminya tidak mampu berjalan dan penglihatannya turut terjejas meskipun telah mendapatkan rawatan di hospital dan menerusi kaedah tradisional.