Sukar tidur sejak 13 tahun lalu?


MACHANG 11 Jan. - Seorang warga emas, Ibrahim Mat Noor, 78, dari Kampung Laklok di sini mendakwa menghadapi masalah sukar untuk tidur dan lebih banyak menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pada waktu malam, sejak 13 tahun lalu.

Isteri warga emas terbabit, Rokiah Mustafa, 60, berkata, masalah sukar tidur yang dihidapi oleh suaminya bermula selepas lelaki itu mengadu dipatuk seekor ular ketika sedang membersihkan kebun milik mereka di kampung berkenaan.

Menurut Rokiah, selepas kejadian itu, suaminya tidak mampu berjalan dan penglihatannya turut terjejas meskipun telah mendapatkan rawatan di hospital dan menerusi kaedah tradisional.

"Saya pernah cuba kesan bekas patukan ular seperti didakwa, namun tidak ditemui, malah dia juga sihat seperti biasa. Namun, selepas dua minggu kejadian itu, dia mula sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
"Saya sendiri tidak tahu apa penyakitnya sehingga dia tidak mampu menguruskan diri dan bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga yang lain,'' katanya ketika ditemui hari ini. Rokiah memberitahu, sejak Ibrahim jatuh sakit, mereka sekeluarga hilang punca pendapatan.

"Mujurlah saya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan ia sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan kami," katanya yang turut mengambil upah menjual ubat tradisional bagi menampung hidup.

Penderitaan Ibrahim yang bekerja kampung, mendapat perhatian Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dari Negeri Sembilan yang mengunjungi warga emas itu diketuai Pengasasnya, Shamsuri Shafie bersama tujuh pembantunya.

Menurut Shamsuri, berdasarkan rawatan yang dilakukan, terdapat gangguan makhluk halus pada warga emas berkenaan terutama di bahagian kepala mengakibatkan dia sukar untuk tidur.

"Alhamdulillah selepas rawatan dijalankan, terdapat sedikit perubahan pada warga emas berkenaan. Dengan kuasa Allah, warga emas berkenaan sudah mula boleh bercakap dan berjalan dengan baik. Ini merupakan satu perkembangan positif.

"Insya-Allah, kita akan membuat pemantauan dalam tempoh tujuh hari untuk terus melihat perkembangannya," kata Shamsuri.

Sumber dari :- http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130112/dn_20/Sukar-tidur-sejak-13-tahun-lalu#ixzz2HpDO9wCo

Related Posts:

  • Bisikan Syaitan dan Cara Mengatasinya Bisikan serta gangguan dalaman adalah kerana jiwa kita kosong, gersang daripada mengingati Allah SWT. Kekuatan dalaman kita menjadi dinding dan perisai bagi menghindari iblis durjana ini. Dalam hadis Rasulullah SAW bagi… Read More
  • Kursus Rawatan Islam dari Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi (PRAWIS) Dibawah bimbingan pengasas PRAWIS secara langsung, pengajian ini akan bermula pada bulan Jun 2013 bertempat di PRAWIS. Pengajian berlangsung didalam lima sesi. Empat sesi WAJIB diikuti oleh para peserta secara tertib ia… Read More
  • Senarai Pusat Rawatan Islam Malaysia DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI  PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Telefon & Fax: 03-89250443 Email: alsyifa@streamyx.com http://www.darussyifa… Read More
  • Sukar tidur sejak 13 tahun lalu? MACHANG 11 Jan. - Seorang warga emas, Ibrahim Mat Noor, 78, dari Kampung Laklok di sini mendakwa menghadapi masalah sukar untuk tidur dan lebih banyak menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pa… Read More
  • Sejarah Ringkas Homoepathy Dr Samuel Hahneman Perubatan Homeopathy diasaskan oleh Dr Samuel Hahnemann, Homeopathy berasal dari Jerman, juga merupakan tempat kelahiran Hahnemann. Kekecewaan Hahnemann dalam bidang perubatan yang diamalkannya sebelu… Read More

0 comments:

Post a Comment