Akupunktur: 1001 Kelebihan Walaupun Tradisional

Meski tradisional, akupunktur memiliki banyak kelebihan sejak dulu kala. Pengubatan akupunktur dapat menjadi alternatif bagi anda apabila jenis pengubatan tradisional lain seperti urut dan lintah serta penggunaan ubat-ubatan semula jadi belum membuahkan kesembuhan. Menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang takutkan benda yang tajam seperti jarum lebih-lebih lagi bagi tujuan pengubatan tetapi hal ini memberi kebaikan kepada anda. Berikut disenaraikan beberapa alasan mengapa akupunktur harus dijadikan salah satu ikhtiar penyembuhan;

  1. Semula jadi. Akupunktur sama sekali tidak menggunakan bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh anda. Meski kebanyakan orang tidak gemar jenis pengubatan yang dilakukan secara langsung ke atas tubuh mereka, tetapi akupunktur merupakan salah satu alternatif yang terbukti kaedahnya.
  2. Membantu sistem kekebalan tubuh. Bila anda mudah sakit, maka tak ada salahnya untuk memilih akupunktur yang dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan pada tubuh. Selain itu, jangan lupa untuk disertakan dengan kegiatan beriadah agar metabolism tubuh menjadi lebih seimbang.
  3. Serbaguna. Akupunktur dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti mengurangi rasa sakit pada tubuh, menghilangkan kebergantungan pada ubat kimia, menyembuhkan alergi, kemandulan, bahkan disebutkan juga dapat menjadi alternatif pengubatan bagi penderita penyakit barah atau kanser.
  4. Menimbulkan rasa tenang. Selain dapat menyembuhkan penyakit fizikal, tekanan pada mental juga dapat disembuhkan dengan akupunktur ini. Akupuntur dapat membuatkan anda lebih tenang dan dalam masa yang sama dapat menyembuhkan penyakit dalam tubuh.
  5. Kurang kesan sampingan. Memandangkan akupunktur merupakan salah satu kaedah tradisional bagi merawat penyakit jadi tidak perlu risau tentang kesan sampingan berbanding rawatan melalui ubat-ubatan kimia yang sudah pasti memberi sampingan ke atas tubuh dalam jangka masa yang panjang.
  6. Mempercepat proses penyembuhan. Proses penyembuhan melalui akupuntur dapat melahirkan ketenangan minda dan menjadikan minda menjadi positif untuk sembuh. Minda yang positif sangat mempengaruhi tubuh seseorang untuk melawan penyakit yang ada pada tubuh.

Sumber dari : - http://www.pancarannur.com/akupunktur-1001-kelebihan-walaupun-tradisional/

0 comments:

Post a Comment