Tak relevan guna bomoh untuk menang

SHAH ALAM - Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin politik yang masih percaya kemenangan dalam pilihan raya bergantung kepada bomoh adalah tidak relevan. Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, kedudukan atau pengaruh sebagai pemimpin atau wakil rakyat dalam masyarakat merupakan kekuatan utama memenangi hati rakyat, bukannya menggunakan bomoh.
Menurutnya, faktor kemenangan juga bergantung kepada khidmat bakti kepada rakyat selain parti yang diwakili pemimpin terbabit. “Itu faktor penting (memenangi pilihan raya dan hati rakyat) bukannya guna bomoh dan sebagainya kerana rakyat tahu dan sudah mempunyai keupayaan dan kebolehan sendiri untuk membuat pilihan. “Rakyat kini bijak membuat penilaian terhadap seseorang calon atau pemimpin yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Jadi tidak perlu buat kerja seumpama ini (guna bomoh) sebab tiada faedah dan tidak relevan,” katanya.

sumber :- http://www.sinarharian.com.my/politik/tak-relevan-guna-bomoh-untuk-menang-1.134721

Related Posts:

  • Perkara yang perlu tahu tentang Saka Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaks… Read More
  • Tak relevan guna bomoh untuk menang SHAH ALAM - Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin politik yang masih percaya kemenangan dalam pilihan raya bergantung kepada bomoh adalah tidak relevan. Yang Diper… Read More
  • Persediaan Perawat Islam Gambar Hiasan dari Google Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah persediaan perawat islam untuk menghadapi kes-kes seperti sihir, santau mahupun kerasukan. Mungkin ada yang ingin berjinak-jinak berkhidmat sepenuh masa kep… Read More

0 comments:

Post a Comment