Persediaan Perawat Islam

Gambar Hiasan dari Google
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah persediaan perawat islam untuk menghadapi kes-kes seperti sihir, santau mahupun kerasukan. Mungkin ada yang ingin berjinak-jinak berkhidmat sepenuh masa kepada orang ramai dalam menangani penyakit berkisar gangguan jin ini. Maka saya akan cuba menyenaraikan keperluan seorang perawat islam.


1. Perlu mendalami Ilmu Agama seperti ilmu Tauhid, ilmu Fekah dan ilmu Tasawuf

Sebenarnya tidak perlu menjadi perawat sudah menjadi satu kefardhuan kepada kita untuk mendalami ketiga-tiga cabang Ilmu ini. 

Ilmu Tauhid 

Sudah dinamakan rawatan Islam, kebergantungan kepada Allah sangat penting. Allah tempat kita bergantung. Allah tempat kita berlindung. Dari sini hendak faham dengan jazam perlu dalami ilmu tauhid.

Ilmu Fekah 

Kadangkala perawat islam ini akan menghadapi kesulitan didalam mencampuri hal ehwal masyarakat. Seperti ada jin yang mengaku tuan yang menyihir adalah jiran tetangga, sahabat baik dan paling teruk adalah saudara/suami/isteri pesakit. Disini perawat perlu tahu dimana had yang boleh kita campurtangan dan had yang perlu dielakkan dicampuri. Perlu juga kita mengetahui batas-batas sebagai seorang perawat ketika merawat pesakit lebih-lebih lagi yang bukan mahram. Apa syarat-syaratnya dan apa perkara yang boleh mendatangkan fitnah. Perlu dijauhkan.

Ilmu Tasawuff

Sebagai seorang perawat, apabila telah berjaya merawat pesakit. Penyakit hati seperti riak begitu mudah menjangkiti perawat islam. Bagaimana akhlak kita berhadapan dengan jin mahupun pesakit/manusia. Layanan kepada jin juga perlu sebagaimana kita melayani manusia kerana bukan semua situasi kita akan berhadapan dengan jin yang jahat. Adakala jin itu tidak tahu menahu langsung. Maka perawat perlu memiliki akhlak yang terbaik ketika berhadapan dengan keadaan yang disebutkan.

2. Ilmu mempertahankan diri seperti Silat dsb

Mungkin sekarang ini tidak ramai perawat islam yang mempelajari Ilmu mempertahankan diri ini. Ini penting apabila kita berhadapan dengan pesakit kerasukan yang agresif dan offensive. Maka sebagai perawat kita perlu mengawal suasana dan jika boleh sampai memudaratkan diri perawat, maka proses mempertahankan diri perlu dilakukan. Banyak seni mempertahankan diri boleh dipelajari oleh itu belajarlah.

3. Pertahanan rohani.

Mahu atau tidak, setiap seni rawatan islam ada kaedah yang tersendiri bagaimana mahu meningkatkan pertahanan badan. Ada sesetengah yang perlu mengamalkan ribuan wirid tertentu dan zikir tertentu untuk meningkatkan pertahanan rohani badan. Perawat Islam tidak akan lari daripada serangan-serangan tukang sihir mahupun jin apabila mereka melihat kita cuba merawat mangsa sihir. Oleh itu perawat islam perlu bersiap siaga untuk memperkukuhkan pertahanan badan.

0 comments:

Post a Comment