Petua untuk menghilangkan ketagih rokok


Petua dari Farit Ismeth Emir

1.Melengah-lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.

2.Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 5 kali dengan perlahan-lahan.

3.Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4.Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5.Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6.Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7.Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8.Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

sumber : http://www.khairilmazri.net/2015/02/petua-untuk-menghilangkan-ketagih.html

0 comments:

Post a Comment