Merawat Demam - Rawatan Islam

Insyaallah kali ini saya akan berkongsikan sedikit pengetahuan berkenaan rawatan islam untuk merawat Demam. Demam merupakan penyakit biasa bagi manusia zaman sekarang. Dengan ketidaktentuan cuaca global dan suhu yang amat tinggi menjadikan penyebab utama Demam itu berlaku. Berikut adalah cara merawat demam :-


Merawat Demam dengan Air Sejuk

Sebuah hadis terkenal dari Ibu Umar mengatakan 

" Demam berasal daripada amukan neraka. Maka sejukkanlah dengan Air. " Riwayat Al-Bukhari dan Muslim 

Asma binti Abu Bakar berkata. sakit kepala yang parah membuat seorang wanita-kadang-kadang berguling-guling kesakitan dalam debu. Oleh itu dia minta air dan menyapukannya ke atas dahinya. Seterusnya dia menyatakan sabda Nabi SAW, 

"Sejukkan dengan air kerana ia daripada hembusan neraka ." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Ketika Nabi SAW demam, Baginda akan meminta bekas berisi air dan menyapu air ke atas kepala baginda dan membasahkan diri baginda. (Riwayat Al-Hasan ) 
Sahabat saya telah mengamalkan menggunakan air untuk merawat demam anak beliau. Caranya beliau membawa anaknya mandi sungai. Membasuh seluruh badan dengan air. Alhamdulillah, demam beransur berkurangan. 

Demam juga dapat menghapuskan dosa kita.

Baginda bersabda, " Jangan mengutuknya, kerana demam dapat menghapuskan dosa anak cucu Adam sama seperti hembusan membantu menghilnagkan ketidakmurnian besi." (Riwayat Muslim ) 
Beruntung mereka yang memperolehi demam. Dosa akan diampunkan. Tidak kah kita menjadi hamba yang bersyukur?  

0 comments:

Post a Comment