Khasiat Madu

Khasiat Madu
Khasiat madu lebah tidak diketahui ramai walaupun sering dibincangkan dalam topik kesihatan semasa. Artikel di laman ini akan menerangkan khasiat madu lebah secara terperinci dari pelbagai aspek.

Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita.

Kulit, Rambut dan Mata

  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman (Sila lihat: Madu Manuka).
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.


Sistem Penghadaman

  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
  • Sistem Pernafasan dan Kerongkong
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.


Tenaga Badan

  • Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung).
  • Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
  • Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Mengurangkan Berat Badan).


Gizi Makanan

  • Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan


Khasiat madu jika dilihat di atas sememangnya seratus satu. Sebagai makanan, penawar ataupun suplemen kesihatan, madu boleh membawa manfaat kepada sesiapa jua.Selain itu, terdapat jenis-jenis madu yang mengandungi khasiat lebih tinggi berbanding madu yang lain – seperti madu tualang, madu ratu (royal jelly), madu propolis dan madu manuka. Sila lihat: Jenis-jenis Madu untuk mengetahui khasiat madu yang spesifik kepada jenis madu tersebut.

Related Posts:

  • Khasiat Kurma Ajwa / Kurma Nabi Kurma Ajwa memiliki khasiat yang dapat menghindari kita daripada sihir mahupun racun apabila mengamalkannya. Rasulullah bersabda " “Barangsiapa mengkonsumsi tujuh butir kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu i… Read More
  • Khasiat Madu Khasiat Madu Khasiat madu lebah tidak diketahui ramai walaupun sering dibincangkan dalam topik kesihatan semasa. Artikel di laman ini akan menerangkan khasiat madu lebah secara terperinci dari pelbagai aspek. Khasiat m… Read More
  • Jerebu - Dapatkan Rawatan Jika Ada Masalah Pernafasan Jerebu - Dapatkan Rawatan Jika Ada Masalah Pernafasan , MELAKA - Orang ramai terutamanya warga emas dan mereka yang menghidap penyakit berkaitan pernafasan dinasihat mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami mas… Read More
  • Doa Masuk Hutan Bagi mereka yang suka aktiviti mencabar seperti jungle tracking atau segala aktiviti yang melibatkan anda perlu masuk hutan belantara. Digalakkan untuk membaca doa masuk hutan. Moga anda semua dilindungi Allah. Berikut ada… Read More
  • Khasiat Daun Bidara Khasiat Daun Bidara - Bidara merupakan tanaman yang memiliki banyak sekali manfaat untuk manusia, orang jaman dahulu menggunakan daun bidara untuk memandikan jenazah, bahkan Nabi Muhammad SAW juga pernah menggunakan daun b… Read More

0 comments:

Post a Comment