Pemulihan Gangguan Jin di Premis Perniagaan

Pelbagai kaedah didalam memulihkan premis perniagaan anda dari gangguan jin mahupun sihir. Biasanya perniagaan anda akan mengalami kemerosotan yang amat ketara walaupun persekitaran premis anda amat selesa dan servis yang amat bagus. Ada juga respons dari pelanggan anda yang mengatakan kedai anda sudah tutup walhal anda masih lagi beroperasi seperti biasa.


Perlu diingatkan sebab-sebab pengurusan perlu ditilik terlebih dahulu sebelum menuju konklusi yang kedai anda disihir ataupun diganggu jin. Perlu teliti adalah pelan pemasaran anda betul. Ataupun servis yang anda berikan memuaskan. Cuba buat kaji selidik terlebih dahulu dengan pelanggan tetap ataupun yang datang berurusan dengan anda. Bukan semua kes perniagaan merundum adalah disebabkan kedai anda disihir.

Jika semuanya dalam kondisi yang sangat terbaik. Maka baru kita pergi menyemak samada kedai anda diganggu jin. 

Biasanya bila anda disihir, makanan akan cepat basi dari biasa. Makanan basi bukan disebabkan punca fizikal. Anda mungkin tidak berasa selesa apabila berada didalam premis anda. Selalu terjadi pergaduhan besar dengan sebab yang kecil. Anda juga mungkin terlalu malas untuk datang ke tempat kerja. Dan terakhir, akan ada gangguan pada anda atau orang yang berada didalam premis anda.

Jika anda ada tanda-tanda yang saya sebutkan diatas, mungkin sahaja premis anda telah diganggu jin. Carilah perawat islam yang berdekatan.

0 comments:

Post a Comment