Siapakah Sebenarnya Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh Sedunia

SIAPA SEBENARNYA MAHAGURU IBRAHIM MAT ZIN RAJA BOMOH GUNA BUBU BULUH BAKUL PAYUNG KELAPA UNTUK CARI PESAWAT MAS MH370 YANG HILANG PADA 8 MAC 2014
Beberapa hari belakangan ini saya yakin semua dari kita sedih dengan berita misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing pada awal pagi Sabtu 8 Mac yang lalu. Kerajaan dan beberapa negara telah bekerjasama dalam usaha mencari mana perginya MH370 tersebut.
Dalam pada kita menggunakan teknologi dan sains sebagai cara untuk mencari MH370 datang pula seorang bomoh yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh. Raja Bomoh ini bernama Ibrahim Mat zin. Seorang bomoh yang handal katanya. Saya tertarik untuk berkongsi kepada anda semua siapakah sebenarnya Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin ini.

Apakah beliau mampu merungkai misteri yang menimpa MH370? Atau sebenarnya hanya cuba meraih publisiti umum dalam usahanya untuk mencari pelanggan atau melariskan “rawatan” beliau? Berikut saya kongsikan sejarah kemunculan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin beberapa kali ketika Malaysia sedang hadapi peristiwa besar dan penting.
2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.
2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
2014 – Beliau dengan selambanya muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menilik mana perginya pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput oleh pemimpin tertinggi negara dalam usaha mencari MH370. Katanya MH370 tergantung dan disembunyikan oleh Makhluk Bunian.
Saya rasa ragu-ragu terhadap bomoh ini. Apakah agenda sebenar dia hadir dan memberitahu kita semua yang dirinya mampu mencari MH370? Apakah benar dirinya orang ViP dalam pencarian ini? Apakah benar pemimpin tertinggi kita memanggil dirinya untuk membantu? Semuanya adalah persoalan yang kita sendiri yakin yang Raja Bomoh ini penipu.
Sedang seluruh dunia memerhatikan kita, muncul pula seorang Bomoh yang sedang memalukan negara dengan segala aksi tidak masuk akalnya. Terbaru beliau bersama beberapa anak buahnya telah menggunakan payung, bakul dan kelapa yang kononnya bertujuan untuk mencari mana hilangnya MH370.
Kenyataan Dari JAKIM Ibrahim Mat Zin Penipu
JAKIM MAHAGURU INRAHIM MAT ZIN
Yang paling saya tak faham, kenapa pihak sekuriti (keselamatan) KLIA membiarkan bomoh ini melakukan hal memalukan dipintu pelancong masuk ke negara kita? Apakah ini disengajakan? Apakah alasan pihak KLIA? Hentikanlah perkara ini. Sangat memalukan.

Sumber dari :- http://www.illustrasiaku.com/siapa-sebenarnya-ibrahim-mat-zin-raja-bomoh/

0 comments:

Post a Comment