Bunyi guli atau ketukan di atas syiling rumah

Biasanya apabila pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus kerap kali mengadu kepada perawat perubatan islam mengenai kedengaran bunyi objek seperti guli di atas syiling rumah mereka. Ini boleh dikatakan antara salah satu tanda pesakit itu mengalami gangguan makhluk halus. Namun begitu, sebagai seorang insan yang dianugerahkan akal yang sempurna. Kita digalakkan mencari kemungkinan bukti fizikal dahulu bagi membuktikan sebarang dakwaan. Jika mampu naik ke atas syiling melihat sendiri dengan mata kepala benda yang menyebabkan perkara itu berlaku. 

Bukan apa, ini bagi menjaga kredibiliti seorang perawat didalam mengenalpasti punca sesuatu masalah. Bukan semua perkara yang pelik harus berpunca dari penglibatan jin. Kadangkala faktor fizikal juga mampu menghasilkan bunyi yang tidak diduga itu. 

Pantulan bunyi juga boleh menjadi faktor kepada kemunculan bunyi pelik. Maka tidak heran jika dikatakan ada juga perawat bersangka-sangka bahawa bunyi tersebut berpunca dari penglibatan jin. Walhal sebaliknya. Kesian juga jin selalu dipersalahkan. :)

Dan jika sangka-sangka ini berlaku, berkemungkinan pesakit akan mengalami kerugian yang tidak sepatutnya. Rugi masa, duit mahupun pemikiran. Maka eloklah selidik terlebih dahulu keadaan hal bunyi ini. Dan nasihat saya, jangan mudah percaya kepada perawat. Wallahua'lam

Related Posts:

  • Bunyi guli atau ketukan di atas syiling rumah Biasanya apabila pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus kerap kali mengadu kepada perawat perubatan islam mengenai kedengaran bunyi objek seperti guli di atas syiling rumah mereka. Ini boleh dikatakan antara salah sat… Read More
  • Kaedah Rawatan PRAWIS juga Adalah Sunnah Ada dakwaan mengatakan kaedah rawatan PRAWIS tidak sunnah. Maka disini saya kepilkan balasan kepada dakwaan tersebut yang boleh baca terus melalui laman web PRAWIS.COM .. Penjelasan Mereka :- Lazimnya apabila kami be… Read More
  • Khasiat Habbatus Sauda Habbatus Sauda memiliki banyak khasiat dan kebaikkan bagi mereka yang kerap mengamalkannya. Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kaj… Read More
  • Senarai Pusat Rawatan Islam Malaysia DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI  PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Telefon & Fax: 03-89250443 Email: alsyifa@streamyx.com http://www.darussyifa… Read More
  • Cara Merawat Hati Terdapat beberapa cara untuk merawat hati. Berpandukan seorang ulama terkenal iaitu ibrahim al-khawwas, beliau menyatakan terdapat 5 perkara untuk mengubat hati, iaitu: 1) Membaca al-quran serta menghayati maknanya. 2) … Read More

0 comments:

Post a Comment