Azan Masa yang Paling Afdal Berdoa

Dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa Anas bin Malik r.a berkata ;

Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Doa yang dibaca antara azan dan iqamat tidak ditolak.”( Hadis riwayat at-Tirmidzi )

Dalam hadis lain disebutkan, dari Umamah r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda :

“ Jika seorang penyeru ( muazin ) berseru, maka pintu-pintu langit dibuka dan doa-doa dimakbulkan. Barang siapa yang  ditimpa bencana atau kesulitan, hendaklah dia menjawab azan seorang penyeru ( muazin ) itu, jika penyeru mebaca takbir hendaklah dia bertakbir, jika muazin membaca tasyahhud, maka hendaklah dia membaca tasyahhud .” ( Hadis riwayat al-Hakim )

Antara waktu yang digalakkan berdoa adalah antara azan dan iqamat kerana merupakan waktu yang mustajab . Rugilah mereka yang sekadar tahu tetapi tidak mengamalkannya.

0 comments:

Post a Comment