Mee Samyang Halal atau Haram?

For Mee Samyang Lovers

Salam Ramadan,
Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sudah lama menetap di Korea dan tahu serba sedikit mengenai kisah Mee Samyang buldalkbukemyeon/불닭뽁음면, saya terpanggil untuk membuat sedikit penjelasan mengenai status Halal Mee Samyang ini. Saya juga dihujani dengan pertanyaan mengenai status Halal mee kegemaran ramai ini. Saya tak rasa akan ada tanda nak reda tapi sekadar menjawab pertanyaan.

Anyway, my posting ni just based on what I know behind the story when the first time Samyang cuba untuk mendapatkan status Halal bagi produk mee ini.

Firstly, biar saya bagi conclusion sebelum menghuraikan lebih lanjut, semasa membeli mee ini pastikan anda membeli yang ada LOGO HALAL sahaja:
1.     Hanya Mee Samyang yang ADA tanda/logo Halal KMF adalah HALAL untuk dimakan.(Contoh:Sila rujuk gambar 1)
2.     Mee Samyang yang TIDAK ada tanda/logo Halal KMF adalah TIDAK HALAL.
3.     Sesiapa yang datang or travel ke Korea, anda dinasihatkan tidak membeli mee ini di mana-mana kedai kerana produk yang halal adalah untuk pasaran export (ke nagara muslim) sahaja dan TIDAK BOLEH didapati di Korea. Kami di sini pun tidak pernah merasa kot. huhu (Contoh: Sila check gambar 2,3. Gambar ni saya snap kat local Korean mart)
Sumber: Penjelasan sendiri oleh pihak Samyang selepas saya call direct kepada mereka.
Penjelasan:
Setahu saya, (cerita ni saya dengar bertahun dahulu dari orang yg rapat dengan KMF), pihak Samyang mengeluarkan 2 JENIS PRODUK YG SAMA  untuk mee ini(Biasanya produk sama ni barcode pom sama la kan,harap yang scan barcode tu jgn salah faham), Satu jenis  untuk pasaran domestic(Korea)/Export for non-muslim country spt China (produk asal yang TIDAK HALAL) dan satu jenis lagi untuk pasaran export for muslim country spt Malaysia(produk HALAL), dimana kedua-dua produk ini dikilangkan di production line(tempat) yg berbeza. So maknanya produk yg ada logo halal KMF ni sememangnya DIKILANGKAN BERASINGAN dengan produk yg tak ada logo halal.
So basically, produk yg dipasarkan di Korea yang juga tiada logo halal KMF adalah TIDAK HALAL manakala yang mempunyai logo Halal KMF adalah diakui HALAL. Setahu saya officially memang pihak Samyang export produk yang Halal sahaja untuk pasaran halal malaysia tetapi mereka tidak nafikan mungkin ada seller yg beli direct dr exporter korea tanpa melalui Samyang official channel.
Saya ada terima aduan dari rakan-rakan FB dimana ada seller yang menjual produk yg tidak ada logo halal kepada pengguna Muslim dengan mengatakan ianya adalah packing baru. Sila berhati-hati dengan seller seperti ini. One more thing, untuk produk yg tidak halal memang ada banyak perisa, so memang packing dia akan berbeza,so jangalah tertipu dengan seller yang tidak bertanggung jawab yang ingin mengaut keuntungan lebih ini. Saya tidak nafikan Mee Samyang yang tidak halal juga mumgkin ada dijual di Malaysia memandangkan ramai non-muslim yang tinggal di Malaysia termasuklah Korean sendiri.
Pihak KMF sendiri ada keluarkan statement pasal benda ni di website diorang. Sila rujuk link: http://www.koreaislam.org/%ED%9E%90%EB%9E%84-%EA%B3%B5%EC%A7%80%EC%82%AC%ED%95%AD/?uid=1730&mod=document
So diharapkan penjelasan ini memadai untuk anda menikmati mee kegemaran anda tanpa was-was.Just make sure and membeli pek yang ada logo HALAL sahaja jika anda ingin membelinya.
Wallahua’alam

0 comments:

Post a Comment