Alhamdulillah Kongres Pengubatan Islam Nusantara Kali Pertama (KOPI 01) 2012 telah
diadakan dengan jayanya pada 1 dan 2 Disember 2012. Ianya adalah
anjuran Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPI) atau Darussyifa’ dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (JSTI, APIUM).
Saya sendiri telah menyertai Kongres ini dan saya sertakan di bawah catitan rasmi Resolusi Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012 untuk rujukan dan faedah semua (boleh juga diakses melalui laman rasmi GAPPIMA iaitu http://gappima.blogspot.com/2012/12/resolusi-kongres-pengubatan-islam.html).
Oleh yang demikian, sah dan nyata di sini bahawa kenyataan saya tentang
“Perawat Islam Yang Didampingi Jin” bukanlah pendapat peribadi saya
tetapi telah dicapai kata sepakat oleh kesemua peserta-peserta Kongres
yang antaranya adalah tuan-tuan guru dan perawat-perawat tersohor
daripada Darussyifa dan Darussalam serta daripada Indonesia.
Resolusi yang berkaitan dengan kaedah rawatan yang tidak syariah
(iaitu perawat menggunakan sihir, khadam, jin atau melibatkan
perkara-perkara khurafat dan syirik): Resolusi 4, Resolusi 7, Resolusi 9, Resolusi 10, Resolusi 11, Resolusi 12, Resolusi 13 dan Resolusi 14.
Resolusi Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012
1.Ruqyah Syar’iyyah daripada al-Quran dan As-Sunnah memiliki
kehebatan tersendiri yang tiada tandingan dari segi keberkesanannya
dengan syarat perawat memiliki keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada
Allah serta memiliki keilmuan dengan ilmu rawatan Islam dengan sumber
ambilan yang sah dan tahu membezakan antara yang hak dan yang batil.
2. Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah memiliki akidah yang
betul, keikhlasan yang jitu, berakhlak mulia, memahami keadaan pesakit,
beretika apabila merawat pesakit berlainan gender, pengurusan masa yang
berkualiti, pemeriksaaan dengan cara berhemah dan memiliki sifat
mahmudah seperti kesabaran, keyakinan doa dimakbulkan, tawadu’ dan
kasihan belas kepada pesakit.
3.Setiap pengamal pengubatan Islam hendaklah beriktikad bahwa
kesembuhan datang daripada Allah dan bukannya daripada kemampuan
pengamal. Tugas pengamal hanyalah berdoa dan memotivasi pesakit sebagai
satu kaedah usaha dan ikhtiar.
4.Pengamal pengubatan Islam hendaklah memastikan bahawa
amalan pengubatan Islam yang dipraktikkannya bebas daripada unsur-unsur
batil yang biasa diamalkan dalam perbomohan yang terpesong daripada
Syariat Islam seperti penggunaan ‘khidmat syaitan’, tangkal azimat,
jampi serapah yang tidak syar’ie, dakwaan mengetahui perkara ghaib,
menilik, meramal penyakit, penggunaan bahan yang jelas haram seperti
darah, hempedu, daging binatang yang diharamkan dan rajah-rajah
pelindung sihir.
5. Penggunaan ubat-ubatan hospital dan pembedahan adalah termasuk
dalam pengubatan Islam berdasarkan isyarat hadis Nabi SAW yang menggesa
berubat dengan menggunakan madu dan bekam.
6. Pihak berkuasa perlu segera menyekat amalan-amalan dalam pengubatan Islam yang didapati bercanggah dengan Syariat dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang jelas dan hukuman yang setimpal bagi kesalahan tersebut.
7. Pihak media perlu memaparkan pengetahuan tentang pengubatan Islam yang sebenar bagi memperbetulkan tanggapan salah selama ini terhadap rawatan Islam sehingga menganggap sesiapa sahaja yang menggunakan ayat-ayat al-Quran adalah perawat Islam tanpa menyedari ilmu sihir juga ada yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan kaeddah yang salah. 8. Pengamal pengubatan Islam hendaklah menunujukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mencari pahala daripada Allah tanpa meletakkan imbuhan duniaawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.
9. Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku,
10. Perawat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti mengetahui dalam badan pesakit ada sejumlah jin dan kemudian menilik ayat-ayat al-Quran yang kononya adalah ubat yang sesuai untuk pesakit berdasarkan pencarian secara tilikan maka termasuk dalam kaedah menggunakan khadam ghaib atau jin dan syaitan.
11. Kaedah mengalinkan bahan tertentu di atas tubuh pesakit seperti mengalinkan telur di tempat sakit kemudian apabila telur itu dipecahkan didapati berbagai objek di dalam telur itu seperti rambut atau isi telur itu berubah warna kepada kehitaman atau kemerahan maka ia termasuk kaedah sihir dan pengamalnya dipanggil sebagai Kahin ( merawat dengan menggunakan khidmat jin dan syaitan).

12. Perkara luarbiasa yang menakjubkan dalam rawatan yang
berlaku secara berulang-ulang dan boleh diprogramkan daripada awal oleh
perawat malah dia pula berbangga kerana perkara luarbiasa itu dianggap
sebagai keistimewaan kepadanya maka ia bukannya Karamah atau Maunah tetapi adalah Istidraj atau Sihir. Karamah seseorang
perawat dalam bidang pengubatan adalah kurniaan daripada Allah dan
ianya berlaku secara mendadak serta tidak boleh diprogramkan (tidak tahu
bila akan berlaku dan bagaimana akan berlaku).
13. Kaedah merawat pesakit mangsa sihir dengan menggunakan amalan sihir atau dipanggil dengan istilah An-Nushrah adalah haram hukumnya disisi Jumhur Ulama’. Justeru rawatan terhadap pesakit dengan menggunakan kaedah yang salah hendaklah dihentikan serta-merta. Pengamal pengubatan Islam hendaklah berlapang dada dan menerima pandangan yang betul demi memurnikan pengubatan Islam.

14. Ilmu kebal, ilmu boleh makan kaca, ilmu boleh menghilang
ghaib, ilmu boleh terbang, ilmu boleh melihat walaupun mata tertutup,
ilmu boleh menilik masa depan seseorang, ilmu boleh menuntut hutang,
dengan cara yang halus dan ilmu boleh berubah menjadi makhluk yang lain
adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.
15. Pengamal pengubatan Islam hendaklah memperkasakan ilmu ini dengan
merujuk kepada kitab-kitab pengubatan Islam yang muktabar yang dikarang
oleh ulama-ulama yang muktabar, menterjemah kitab-kitab tersebut kepada
bahasa Melayu, melakukan penyelidikan dan pengembangan (R&D),
menulis buku ilmiah tentang pengubatan Islam dan berdakwah kepada
masyarakat melalui pengubatan Islam.
16.Penagih dadah boleh dirawat melalui pengubatan Islam dengan menggunakan kaedah Takholli ( menghilangkan keserabutan di fikiran penagih), kaedah Tahilli (pengisian
dengan aktiviti menyihatkan seperti riadah, makanan dan minuman yang
halal, solat fardhu dan sunat, pengajian ilmu fardhu ain, membaca
Al-Quran, berzikir, beristighfar dan bersolawat serta qiyamullail) dan
kaedah Tajalli (mengekalkan ketenangan fikiran dan rasa kebesaran Allah dan jiwa bekas penagih).
17.Islam tidak memisahkan herba daripada ilmu pengubatan Islam
sekiranya herba tersebut terbukti memiliki khasiat yang boleh memberi
manfaat kepada manusia samada melalui pembuktian saintifik atau
pengalaman turun-temurun sebelum ini dengan syarat ianya halal dan
selamat digunakan serta beriktikad bahawa Allah yang menyembuhkan.
18. Mengharmonikan pengubatan tradisional Melayu dan pengubatan Islam
supaya ia menjadi warisan budaya bangsa yang tidak bercanggah dengan
ajaran Islam.
19. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan hendaklah membuka
ruang seluas-luasnya kepada Pengubatan Islam untuk mengadakan program
Rawatan Islam di Universiti dan Kolej menyediakan pengubatan Islam di
semua hospital kerajaan dan swasta kepada pesakit beragama Islam.
20. Perlunya ada sebuah badan yang mengawal disiplin dan etika perawat untuk meningkatkan mutu pengubatan Islam.
21. Seluruh persatuan pengubatan Islam di Malaysia bernaung di bawah
GAPPIMA untuk memartabatkan dan melestarikan pengubatan Islam sepanjang
hayat.
22.Penghargaan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian
Kesihatan yang telah mengiktirafan pengubatan Islam dengan wujudnya Akta
Perubatan Tradisional dan Komplimentari yang memasukkan rawatan Islam
sebahagian daripadanya pada tahun 2012.
sumber dari :- http://isnadtadawi.com/resolusi-kongres-pengubatan-islam-nusantara-2012-tentang-rawatan-tidak-syariah/
0 comments:
Post a Comment