Jerebu - Dapatkan Rawatan Jika Ada Masalah Pernafasan


Jerebu - Dapatkan Rawatan Jika Ada Masalah Pernafasan , MELAKA - Orang ramai terutamanya warga emas dan mereka yang menghidap penyakit berkaitan pernafasan dinasihat mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah pernafasan seperti sesak nafas disebabkan keadaan berjerebu sekarang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, warga emas dan penghidap penyakit berkaitan pernafasan seperti asma serta pesakit yang    mengalami masalah jantung menerima kesan lebih buruk berbanding mereka yang sihat sekiranya terdedah kepada jerebu.

“Kurangkan aktiviti luar dan sentiasa berada di dalam rumah atau pejabat, dan jika terpaksa berada di luar, pakai penutup hidung dan mulut serta ambil langkah berjaga-jaga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Khas Badan Perhubungan MIC Negeri Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara sentiasa bersedia untuk memberi rawatan terbaik kepada orang ramai yang mengalami masalah pernafasan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment