Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Sejarah Ringkas Homoepathy


Dr Samuel Hahneman Perubatan Homeopathy diasaskan oleh Dr Samuel Hahnemann, Homeopathy berasal dari Jerman, juga merupakan tempat kelahiran Hahnemann. Kekecewaan Hahnemann dalam bidang perubatan yang diamalkannya sebelum ini menyebabkannya ingin mencari satu sistem perubatan yang lebih sesuai dan seraksi dengan tubuh manusia. 

Hahnemann tidak putus-putus mejalankan penyiasatan dalam bidang kimia dan telah berjaya membuat penyiasatan dalam ilmu kimia (chemistry). Pada tahun 1790, semasa menterjemah kitab Materia Medica Cullen dalam siri kedua,

Tanda-tanda anda disihir & Gangguan Jin

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A'in):

1.  Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
2.  Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
3.  Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4.  Bau nafas yang terlalu busuk
5.  Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
6.  Bayi kerap menangis
7.  Belakang tengkuk / bahu terasa berat
8.  Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab  munasabah
9.  Bermimpi bayi / kanak-kanak 
10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi

Kursus Rawatan Islam Tanpa Ruqyah

Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi (PRAWIS) menganjurkan Kursus rawatan islam yang mengetengah potensi roh dan kehebatan berdoa. Kursus akan dijalankan pada sabtu minggu pertama setiap bulan. Bagi tahun ini 2014, Yuran kursus akan dipotong sebanyak 25% daripada RM 1000.00. Maka setelah ditolak potongan, yang perlu dibayar hanyalah RM 750.00 sahaja. Sesiapa yang berminat boleh layari http://www.prawis.com atau fb page prawis https://ms-my.facebook.com/sepohonjadi.prawis 

Bunyi guli atau ketukan di atas syiling rumah

Biasanya apabila pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus kerap kali mengadu kepada perawat perubatan islam mengenai kedengaran bunyi objek seperti guli di atas syiling rumah mereka. Ini boleh dikatakan antara salah satu tanda pesakit itu mengalami gangguan makhluk halus. Namun begitu, sebagai seorang insan yang dianugerahkan akal yang sempurna. Kita digalakkan mencari kemungkinan bukti fizikal dahulu bagi membuktikan sebarang dakwaan. Jika mampu naik ke atas syiling melihat sendiri dengan mata kepala benda yang menyebabkan perkara itu berlaku. 

Bukan apa, ini bagi menjaga kredibiliti seorang perawat didalam mengenalpasti punca sesuatu masalah. Bukan semua perkara yang pelik harus berpunca dari penglibatan jin. Kadangkala faktor fizikal juga mampu menghasilkan bunyi yang tidak diduga itu. 

Pantulan bunyi juga boleh menjadi faktor kepada kemunculan bunyi pelik. Maka tidak heran jika dikatakan ada juga perawat bersangka-sangka bahawa bunyi tersebut berpunca dari penglibatan jin. Walhal sebaliknya. Kesian juga jin selalu dipersalahkan. :)

Dan jika sangka-sangka ini berlaku, berkemungkinan pesakit akan mengalami kerugian yang tidak sepatutnya. Rugi masa, duit mahupun pemikiran. Maka eloklah selidik terlebih dahulu keadaan hal bunyi ini. Dan nasihat saya, jangan mudah percaya kepada perawat. Wallahua'lam