Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Pusat Rawatan Islam di Selangor

Berikut adalah Pusat Rawatan Islam di Selangor yang boleh dikunjungi oleh pesakit sekitar negeri selangor. Kami menyediakan senarai bagi memudahkan anda mencari pusat rawatan islam yang berdekatan dengan kawasan anda. Kami memahami kesukaran untuk mencari pusat rawatan islam sekiranya berlaku rawatan kecemasan seperti kes-kes histeria dan sewaktu dengannya.

1.

Rawatan Bekam Ke Rumah Anda

Rawatan Bekam Ke Rumah Anda - Kami menyediakan perkhidmatan bekam dari rumah anda sekiranya anda memiliki kesukaran untuk datang ke Premis kami. 

Kos Rawatan Bekam = Sumbangan Ikhlas
Kos Pengangkutan = RM30.00

Kami akan membawa semua kelengkapan rawatan bekam ke rumah anda. Anda hanya perlu menyediakan ruang yg sesuai untuk menjalankan rawatan bekam tersebut. 

Berminat boleh hubungi kami segera. 014-5629456

Kawasan liputan sekitar kuala lumpur, lembah klang, rawang, damansara damai, mutiara damansara.

Kami memiliki jurubekam yang bertauliah dan terlatih. Mementingkan kebersihan dan keselematan pesakit kami.

keyword : rawatan bekam, bekam dirumah, rawatan bekam ke rumah, rawatan bekam damansara, bekam damansara, bekam mobile, bekam sunnah, rawatan bekam profesional, rawatan bekam terbaik, khidmat rawaran bekam, rawatan bekam darah, rawatan bekam sunnah, rawatan bekam 2015, bekam pro, jurubekam terlatih, jurubekam profesional. rawatan bekam percuma.

DJ Radio Dijumpai Setelah Hilang Dua Bulan Rasa Seperti Sehari

KLANG, 23 Okt – DJ Kahong atau nama sebenarnya Azhar Muhammad, 45, yang hilang sejak dua bulan lalu dijumpai hari ini  di lokasi yang sama dia dilaporkan hilang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
DJ Kahong hilang pada 10 Ogos lalu ketika mencari siput di jeti nelayan, di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar di sini.
Menceritakan apa yang terjadi, DJ Kahong berkata dia telah bertemu dengan seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim dan mengajaknya bersembang. Lelaki tua terbabit kemudian memberikan rantai leher dan
tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil yang tertulis ayat al-Quran kepadanya.

DJ Kahong berkata dia terkejut ketika diberitahu dia sudah hilang selama dua bulan walhal dia menyangka hanya sehari sahaja dia bertemu lelaki tua berkenaan.
“Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia…rupanya dah dua bulan, saya terkejut bila diberitahu rakan-rakan dan isteri.”Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya,” katanya memetik laporan dari Sinar Online.
DJ sambilan itu ditemui oleh orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus oleh orang ramai kira-kira jam 7.30 pagi tadi.Sebelum hilang, DJ Kahong sempat memberikan mesej Whatsapp terakhirnya yang berbunyi : “Subhanallah! Gelap tak dapat cari jalan ni” kepada rakannya.
Pada 13 Ogos, 4 hari selepas DJ Kahong dilaporkan hilang, pihak bomba dan penyelamat menghentikan operasi mencari DJ Kahong berikutan menemui jalan buntu.
sumber:sinarharian

Jerebu - Dapatkan Rawatan Jika Ada Masalah Pernafasan


Jerebu - Dapatkan Rawatan Jika Ada Masalah Pernafasan , MELAKA - Orang ramai terutamanya warga emas dan mereka yang menghidap penyakit berkaitan pernafasan dinasihat mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah pernafasan seperti sesak nafas disebabkan keadaan berjerebu sekarang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, warga emas dan penghidap penyakit berkaitan pernafasan seperti asma serta pesakit yang    mengalami masalah jantung menerima kesan lebih buruk berbanding mereka yang sihat sekiranya terdedah kepada jerebu.

“Kurangkan aktiviti luar dan sentiasa berada di dalam rumah atau pejabat, dan jika terpaksa berada di luar, pakai penutup hidung dan mulut serta ambil langkah berjaga-jaga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Khas Badan Perhubungan MIC Negeri Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara sentiasa bersedia untuk memberi rawatan terbaik kepada orang ramai yang mengalami masalah pernafasan. - Bernama