Cara Merawat Hati

Terdapat beberapa cara untuk merawat hati. Berpandukan seorang ulama terkenal iaitu ibrahim al-khawwas, beliau menyatakan terdapat 5 perkara untuk mengubat hati, iaitu:
1) Membaca al-quran serta menghayati maknanya.
2) Berpuasa
3) Bangun beribadat pada waktu malam
4) Berdoa pada waktu fajar
5) Bersama sama dalam majlis orang-orang soleh.

Hati yang sakit mesti dirawat segera, jika tidak, bimbang ia akan mati. Hati yang mati amat berbahaya kerana ia gersang daripada hidayah serta petunjuk Allah S.W.T.
Sanda Rasullullah S.A.W bermaksud, "ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu ialah hati." (HR Bukhari dan Muslim)

0 comments:

Post a Comment