Manusia vs Jin Mana lebih Mulia ?

Zaman ini ramai yang beranggapan jin lebih mulia daripada manusia. Ada pula yang mengatakan jin lebih canggih berbanding manusia. Maka jawapan yang terbaik bukanlah berpaksikan akal semata-mata namun haruslah dibimbing oleh Alquran dan Assunnah aka Hadis. Maka inilah jawapannya.

Abu Bakar al-Jazairi barkata, “Sesungguhnya jin walaupun yang paling wara’ sekalipun mereka tetap juga diatasi oleh
manusia dari segi kemuliannya, kerana Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa manausia merupakan makhluk yang paling mulia sebagaimana fiman-Nya:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاًِ 
"dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan."

Kemulian yang seumpama ini tidak diperolehi oleh bangsa Jin, dari mana-mana pun baik dari al-Quran maupun kitab-kitab yang terdahulu ataupun daripada lidahnya Rasulullah SAW, begitu juga jin berasa berendah diri, (inferiority complex) di hadapan manusia oleh itu apabila makhluk manusia memohon perlindungan kepadanya mereka terasa hebat dan sombong, mereka sebenarnya makhluk yang terhina.

sumber:- http://darussalam.net.my/index.php/14-artikel/jin-a-kehidupan/50-manusia-lebih-mulia-daripada-jin

0 comments:

Post a Comment