Fiqh Keutamaan Memilih Perawat Bagi Muslimah

Mungkin ramai wanita yang menghadapi situasi ini didalam mendapatkan rawatan dihospital. Lebih lagi situasi yang kritikal seperti ketika sedang bersalin ataupun dalam hal sakit puan. Oleh itu keutamaan perlu diberikan seperti berikut:-

1. Doktor Muslimah
2. Doktor Wanita Non-Muslim
3. Doktor Muslim
4. Doktor Lelaki Non-Muslim

Ada yang mempersoalkan mengapa Doktor Muslimah menduduki hieraki yang paling tinggi sekali. Ini adalah kerana, aurat wanita beraga islam, tidak boleh didedahkan kepada wanita yang bukan beraga islam. Mari kita sulusuri hadis dibawah ini.


 Umar bin al-Khattab r.a. menulis surat kepada Abu ‘Ubaidah r.a., “Sesungguhnya sampai khabar kepadaku bahawa ada wanita dari kalangan wanita Islam memasuki bilik-bilik air bersama-sama dengan wanita ahli syirik. Sesungguhnya daripada pihak kamu (hendaklah melarang) daripada perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk dilihat auratnya kecuali oleh mereka yang seagama dengannya". (Riwayat Al-Baihaqi, 7/153, no: 13543)

Namun walaupun secara asasnya had aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam adalah sebagaimana aurat Muslimah di hadapan lelaki ajnabi, hukum ini tidaklah terlalu ketat dan terdapat sedikit kelonggaran. Antaranya, dibenarkan bagi wanita Muslimah mendedahkan kepada wanita bukan Islam sebahagian daripada anggota badan yang kebiasaannya terdedah ketika melakukan kerja-kerja harian(sekiranya dalam keadaan tidak dapat dielakkan).

Antara anggota yang diberikan kelonggaran untuk didedahkan kepada wanita bukan Islam ialah kepala, tengkuk, tangan hingga ke siku dan kaki hingga ke lutut. Kelonggaran ini adalah berdasarkan kepada pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie, sebagaimana dijelaskan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj 4/213.

Berdasarkan kepada pendapat muktamad ini, maka adalah harus bagi wanita Muslimah mendedahkan rambutnya kepada wanita bukan Islam termasuk mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut di salun-salun yang dikelolakan oleh wanita bukan Islam (sekiranya tidak ada pilihan dan tidak ada percampuran antara lelaki dan wanita)

Walaubagaimanapun memandangkan pada hari ini terdapat banyak salun khusus untuk wanita yang diusahakan oleh wanita Islam,maka adalah lebih aula diberi keutamaan.

Kesimpulannya selagi mana kita mampu mendapatkan doktor yang dituntut dalam agama, kita berusahalah. 

rujukan - efatwa

0 comments:

Post a Comment