Pemeriksaan Semasa Merawat Pesakit

Kemahiran diagnosis amat penting ketika merawat pesakit. Kebanyakan proses rawatan akan menjadi mudah sekiranya diagnosis/pemeriksaan yang dijalankan tepat dan betul. Dan jika pemeriksaan dilakukan dengan keadaan cuai makanya proses merawat akan memakan masa yang lama dan berkemungkinan akan menemui jalan yang buntu.

Dalam amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai suatu seni yang membezakan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam menentukan keadaan semulajadi penyakit. Biasanya hal ini dapat dilakukan setelah sejarah perubatan pesakit dan pemeriksaan fizikal dibuat. Seandainya keputusan tidak dapat disahkan, penyiasatan lanjut akan dibuat bagi membantu mengesahkannya.

Abu Said berkata bahawa Nabi SAW bersabda, " Perlakukan orang yang memriksa yang juga seorang mukmin ikhlas dengan penuh hormat kerana dia melihat dengan cahaya Allah. " Daripada sumber yang sama datang dari hadis ini, "Jika engkau melihat orang berwajah iri hati yang tidak sakit dan bukan ahli ibadah, maka ketahuilah bahawa dalam hatinya dia bukan seorang muslim sejati."

Diriwayat oleh Anas bahawa Nabi SAW bersabda, " Sesungguhnya, Allah mempunyai hamba-hamba yang dikenal orang hanya dengan melihat mereka." Abu Nu'aim juga meriwayatkan hadis ini.

Fisiognomi (ilmu Firasat) adalah ilmu mengambil kesimpulan apa-apa yang ada di dalam dengan hanya melihat luarannya. Inilah kekuatan mental yang berfokus kepada hati dan menolak apa-apa saja yang bertentangan dengannya. Kekuatan singa atas mangsanya. Ketika fisiognomi dipraktikkan oleh seorang individu, ketepatannya bergantung pada tahap kebijaksanaannya, keyakinannya dan pemahamannya atas prinsip ilmu. 

Allah berfirman dalam surah al-Hijr ayat 75:
Sesunggunya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.

Antara syarat-syarat penting semasa memeriksa pesakit adalah:-

1. Telus
2. Ikhlas
3. Menjaga rahsia pesakit


0 comments:

Post a Comment