Meroyan atau Kerasukan( Gangguan Jin) - Catatan Peribadi

Hampir 3-4 tahun yang lepas, saya ada menerima satu kes dari kawan saya. Adik kepada kawan saya yang sudah berkahwin disyaki mengalami gangguan jin. Adik perempuannya itu telah pun dibawa bertemu dengan ramai perawat antaranya ustaz-ustaz untuk membuang gangguan jin tersebut. Namun usaha itu tidak membuahkan hasil. Akhirnya kawan saya ingin memanjangkan ikhtiarnya kepada saya dan kawan saya. Disebabkan pengalaman saya didalam bidang rawatan islam agak kurang walaupun telah lama mempelajarinya,
Kawan saya yang datang bersama saya untuk merawat pesakit telah lama berkecimpung didalam bidang rawatan dan kami memiliki guru yang saya. Disebabkan itu, pada kes kali ini, saya diberi tanggungjawab untuk memulakan dan menyelesaikan kes ini. Setiap kes yang saya perolehi biasanya akan diuruskan oleh seorang sahaja. 

Semasa diawal diagnosis pesakit, tiada mimpi yang biasanya dihadapi oleh mangsa gangguan jin. Cumanya ada masa pesakit ini berpewatakan yang berbeza, sehinggakan beliau tidak mengenali orang disekitarnya. Dari situ saya boleh klasifikasikan pesakit ini terdapat gangguan jin padanya. Ok.

Rawatan pun bermula, dan pesakit mula menunjukkan tindak balas. Pesakit jelas seolah-olah gelisah dan kesakitan. Makanya saya pun cuba berdiskusi dengan pesakit tersebut, untuk mengenal pasti identiti yang merasuk perempuan itu. Namun tiada respon diberikan. Lalu saya pun menyeksa, ada kesakitan disebabkan seksaan tersebut. Namun kes masih belum selesai. Yang menjadi ajaib adalah otot peha perempuan itu bergerak sendiri dalam keadaan posisi duduk. Pada malam itu, berbagai kaedah digunakan. Dan rawatan berlangsung hampir sejam. Disebabkan hari agak lewat malam, maka kami memutuskan untuk menyambung rawatan pada hari esok.

Pada keesokannya, saya cuba lagi merawat perempuan tersebut. Selepas kaedah rayu, pujuk dan seksa tidak berkesan, maka saya pun mencuba kaedah sembelihan, agar jin didalam badan perempuan itu akan mati. Namun masih juga tidak selesai. Saya dan rakan saya berbincang diluar sebentar untuk menilai apakah tindakan lanjut yang akan dilakukan. Disebabkan saya kurang pengalaman saya agak keliru diatas situasi yang berlaku. Maka kami memutuskan untuk bertemu dengan guru kami untuk menyelesaikan kes ini.

Bersambung....

Related Posts:

  • Meroyan atau Kerasukan( Gangguan Jin) - Catatan Peribadi Hampir 3-4 tahun yang lepas, saya ada menerima satu kes dari kawan saya. Adik kepada kawan saya yang sudah berkahwin disyaki mengalami gangguan jin. Adik perempuannya itu telah pun dibawa bertemu dengan ramai perawat antar… Read More
  • Sejarah Ringkas Homoepathy Dr Samuel Hahneman Perubatan Homeopathy diasaskan oleh Dr Samuel Hahnemann, Homeopathy berasal dari Jerman, juga merupakan tempat kelahiran Hahnemann. Kekecewaan Hahnemann dalam bidang perubatan yang diamalkannya sebelu… Read More
  • Bisikan Syaitan dan Cara Mengatasinya Bisikan serta gangguan dalaman adalah kerana jiwa kita kosong, gersang daripada mengingati Allah SWT. Kekuatan dalaman kita menjadi dinding dan perisai bagi menghindari iblis durjana ini. Dalam hadis Rasulullah SAW bagi… Read More
  • Senarai Pusat Rawatan Islam Malaysia DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI  PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Telefon & Fax: 03-89250443 Email: alsyifa@streamyx.com http://www.darussyifa… Read More
  • Fiqh Keutamaan Memilih Perawat Bagi Muslimah Mungkin ramai wanita yang menghadapi situasi ini didalam mendapatkan rawatan dihospital. Lebih lagi situasi yang kritikal seperti ketika sedang bersalin ataupun dalam hal sakit puan. Oleh itu keutamaan perlu diberikan sepe… Read More

0 comments:

Post a Comment