Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Pemeriksaan Semasa Merawat Pesakit

Kemahiran diagnosis amat penting ketika merawat pesakit. Kebanyakan proses rawatan akan menjadi mudah sekiranya diagnosis/pemeriksaan yang dijalankan tepat dan betul. Dan jika pemeriksaan dilakukan dengan keadaan cuai makanya proses merawat akan memakan masa yang lama dan berkemungkinan akan menemui jalan yang buntu.

Dalam amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai suatu seni yang membezakan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam menentukan keadaan semulajadi penyakit.

Kursus Perubatan Islam Ustaz Sharhan (Zamdurani) 2015

Bagi sesiapa yang berminat ingin mengikuti bengkel rawatan islam yang dikelolakan oleh Sinar Zamdurani Ustaz Sharhan, maklumat adalah seperti berikut:- 

KUALA LUMPUR/SELANGOR 

AHAD 22 MARCH 2015 (SIRI 1) 

DEWAN PENGAJIAN:

 DEWAN KULIAH ARAS 1 MASJID AL-HUSNA  JALAN PJS 10/22, BANDAR SUNWAY

Cara Merawat Penyakit Kuning Bayi

Add caption
Disini saya akan berkongsi beberapa kaedah yang telah saya cuba keatas baby saya yang baru lahir. Seperti sedia maklum, sekarang ini agak sukar untuk mengelakkan bayi dari terkena kuning. Lalu beberapa petua yang telah saya cuba,. Dan yang berkesan sahaja yang akan saya kongsikan.

Mandi Air Kucai.

Anda boleh beli daun kucai yang terdapat dikedai basah dan mandikan anak anda dengan daun ini. Setakat yang telah dicuba telah menurunkan sebanyak 15 nilai kuning.

Meroyan atau Kerasukan( Gangguan Jin) - Catatan Peribadi

Hampir 3-4 tahun yang lepas, saya ada menerima satu kes dari kawan saya. Adik kepada kawan saya yang sudah berkahwin disyaki mengalami gangguan jin. Adik perempuannya itu telah pun dibawa bertemu dengan ramai perawat antaranya ustaz-ustaz untuk membuang gangguan jin tersebut. Namun usaha itu tidak membuahkan hasil. Akhirnya kawan saya ingin memanjangkan ikhtiarnya kepada saya dan kawan saya. Disebabkan pengalaman saya didalam bidang rawatan islam agak kurang walaupun telah lama mempelajarinya,