Khidmat Urutan Satu Badan

Membantu merawat sengal-sengal badan, lenguh peha lutut pinggang dan sewaktu dengannya.

Rawatan Islam

Membantu merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin, sihir, saka dan sewaktu dengannya

Kerasukan Di Bulan Ramadhan

Artikel diambil dari Web Medic Hidayah

Soalan
Salam Tuan Haji, saya Azman dari Segamat Johor. Persoalan saya ialah, apakah gangguan syaitan boleh terjadi dibulan Ramadan yang mulia ini? Ini kerana saya melihat sendiri bagaimana adik perempuan saya mengalami kerasukan, menjerit dan mengilai-ngilai terutama pada ketika tengah malam. Sedangkan kita sekarang berada di bulan Ramadan? Apa yang saya tahu, iblis dan syaitan dirantai ketika bulan puasa ini. Mohon pencerahan daripada Tuan berkaitan perihal ini. Terima kasih dan selamat menjalani ibadah puasa.

Beruntung mereka yang beribadat di Bulan Ramadhan

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".

Apa itu Ruqyah Syariah ?

Berkata Al Fairuz Abadi dalam kamus Al Muhith bahwaا لر قية dengan didhammah artinya berlindung diri. Bentuk jamaknya adalah ر قى . Berkata Al Fayumi dalam “Al Mishbah Al Munir” ر قى رقيا dari bab ر مى yang artinya berlindung diri kepada Allah Subhaanahu wata’ala.
Berkata Ibnul Atsir dalam ” An Nihayah fii Ghariibi Al Hadits ” (2/254) bahwa Ruqyah artinya berlindung diri dimana orang yang memiliki penyakit itu diruqyah seperti demam dan kerasukan serta penyakit-penyakit lainnya. Disebutkan dalam “Lisan Al Arabi” (5/293): ا لعوذة (berlindung diri), bentuk jamaknya adalahر قي dan bentuk masdar (dasarnya) adalah ر قيا و ر قية و ر قيا jika dia berlindung diri dengan cara meniupkan.

Kursus Rawatan Islam dari Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi (PRAWIS)

Dibawah bimbingan pengasas PRAWIS secara langsung, pengajian ini akan bermula pada bulan Jun 2013 bertempat di PRAWIS. Pengajian berlangsung didalam lima sesi. Empat sesi WAJIB diikuti oleh para peserta secara tertib iaitu sesi pertama pada minggu pertama, sesi kedua pada minggu kedua, sesi ketiga pada minggu ketiga dan sesi keempat pada minggu keempat. Selepas tamat tempoh sesi WAJIB, sesi kelima iaitu pengajian berbentuk  amaliah pula akan disusul dimana peserta akan dibiasakan dengan merawat pesakit-pesakit secara langsung sehingga mahir merawat dan boleh berdikari sendiri.

Perkara yang perlu tahu tentang Saka

Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)

Pusat Rawatan Islam di Rawang

Pusat Rawatan Islam SEPOHON JADI
2C-2-11, Jalan Rawang Mutiara 3,
Rawang Mutiara Business Centre 2,
48000 Rawang, Selangor .
011-23032804 ( Waktu Pejabat )
014-5615147 ( Waktu Pejabat )
http://www.prawis.com

Kurus Kaedah Islam

Ibadah puasa sebenarnya boleh membantu menjaga kesihatan termasuk mendapat dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Dengan kata lain, puasa boleh membantu menguruskan badan. Puasa kini bukan sahaja diamalkan oleh penganut agama Islam, ia sudah mula mendapat perhatian penganut agama lain.

Bagi kita puasa sudah menjadi sebahagian daripada kewajipan yang perlu kita laksanakan namun bagi mereka yang bukan beragama Islam, mereka menganggap puasa adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Puasa dan kesannya terhadap berat badan memang ketara jika kita mengamalkan puasa yang sebenarnya dan mengikut aturan makan terutamanya sewaktu berbuka puasa dan bersahur dengan betul seperti yang disarankan dalam Islam.

Air kosong penawar pelbagai jenis penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Ilmu Saka Rosakkan Manusia

SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.

Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.

Pejuang negara tidak perlu takut dengan sihir

SHAH ALAM – Di sebalik perjuangan pasukan keselamatan  yang sedang berkhidmat di Lahad Datu  mempertahankan kedaulatan negara, kisah hangat yang mula berlegar-legar di media sosial kini ialah mengenai militan Sulu menggunakan ilmu hitam.

Berdasarkan gambar-gambar penceroboh yang terbunuh, mayat mereka dilihat memakai tangkal yang berbentuk sebuah buku kecil bertulisan Arab yang dipercayai al-Quran kecil dililit dengan tali di pinggang serta kain berwarna kuning di badan.

Pengamal politik kecam guna bomoh

SENAI - Pendekatan menggunakan khidmat bomoh untuk memantapkan kedudukan mereka dalam politik menerima kecaman pengamal politik.

Veteran Umno, Mohd Yusuf Omar, 61, yang telah lebih 40 tahun bersama Umno berkata, perkara utama yang perlu dititikberatkan setiap calon mahupun individu dalam parti adalah kerja keras dan sikap tanggungjawab.

Katanya, menggunakan khidmat bomoh untuk meraih sokongan bukan hanya menyalahi syariah Islam, malah boleh menjejaskan imej parti dan menyebabkan tanggapan negatif oleh masyarakat.

Tak relevan guna bomoh untuk menang

SHAH ALAM - Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin politik yang masih percaya kemenangan dalam pilihan raya bergantung kepada bomoh adalah tidak relevan. Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, kedudukan atau pengaruh sebagai pemimpin atau wakil rakyat dalam masyarakat merupakan kekuatan utama memenangi hati rakyat, bukannya menggunakan bomoh.

Politik bomoh: Sama hukum dengan ramal nasib

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad - Foto Ihsan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
SEREMBAN - Menggunakan khidmat bomoh bagi mengubati sakit tertentu seperti gangguan makhluk halus, dibolehkan. Namun, sekiranya untuk kepentingan politik, ia sama seperti bertenung nasib dan hukumnya syirik.

VIDEO- Santau Live ( Sinar Zamdurani )


Hukum Mengambil Upah Membaca Al Quran

Soalan :
Apakah hukum mengambil upah dengan membaca al Quran ? Begitu juga dengan sesetengah tempat selepas kematian tuan rumah akan memanggil sekumpulan Huffaz al Quran untuk membaca al Quran. Setelah itu mereka akan dihidangkan makanan dan diberi sagu hati berupa wang. Tujuannya ialah untuk bersedekah bagi pihak roh simati dengan harapan agar Allah memberi keringanan kepadanya. Apakah hukum perkara tersebut ?
Jawapan 1 :

Budak 12 tahun pandai mengubat

JIKA kanak-kanak lain mengisi masa lapang dengan bermain bola dan badminton, lain pula adik Muhammad Rafiq Rahmat, 12, yang mengisi masa lapangnya dengan mengubati penyakit.

Muhammad Rafiq dikatakan berkebolehan dalam mengubati penyakit sejak enam tahun lalu memenuhi masa terluang dengan tuntutan orang ramai yang mahukan perkhidmatannya.

Anak bongsu daripada empat beradik yang tinggal di Taman Desa Kiara, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, menggunakan kaedah membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, bermohon kepada ALLAH SWT agar menyembuhkan penyakit individu yang dirawat dan menghembus pada bahagian yang sakit.

Apa itu Wahyu, Ladunni, Firasat Dan Kasyaf

Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala. Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi. Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang halhal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri.

WAHYU

Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya.

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Akupunktur: 1001 Kelebihan Walaupun Tradisional

Meski tradisional, akupunktur memiliki banyak kelebihan sejak dulu kala. Pengubatan akupunktur dapat menjadi alternatif bagi anda apabila jenis pengubatan tradisional lain seperti urut dan lintah serta penggunaan ubat-ubatan semula jadi belum membuahkan kesembuhan. Menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang takutkan benda yang tajam seperti jarum lebih-lebih lagi bagi tujuan pengubatan tetapi hal ini memberi kebaikan kepada anda. Berikut disenaraikan beberapa alasan mengapa akupunktur harus dijadikan salah satu ikhtiar penyembuhan;

Kaedah Letup Jin


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sedikit perkongsian buat pelajar yang telah mengambil ijazah amalan asas dan lanjutan perawat. Berkemungkinan semasa dalam rawatan kita buntu untuk menyelasaikan kes gangguan yang berada di luar tubuh pesakit ataupun ketika merawat pesakit, pesakit mengatakan melihat segerombolan jin berada di luar tubuh atau rumah, hanya menunggu masa untuk masuk ke tubuh pesakit. Kaedah tersebut sudah biasa saya gunakan dan izin Allah memberi kelebihan dalam rawatan.
kaedahnya:
gunakan teknik hentam bomoh sihir cuma kaedah pergerakan atau perbuatan si perawat berubah.

Program Pengijazahan Amalan Asas Dan Lanjutan Perawat 09 Feb 2013 ( Terapi Qalbu Insan )

Silibus asas
1). Amalan Manzil Bersanad. 
(2). Kaifiat Dan cara pengamalan 
3). Amalan Hawa Nafas Kursi. 
(4). Kaedah Scan Nafas. 
(5). Kaedah Tembak Hawa. 
(6). Kaedah Sedut dan Tarik Bisa. 
(7). Kedah Tarik Dan Pasung Jin. 
(8). Kaedah Pertahanan Dari Di Serang Pesakit.
(9).Praktikal Rawatan Asas

JADUAL PENGAJIAN Darul Ansar Malaysia - Bulan Feb. 2013

Assalamu’alaikum WBT
JADUAL TAFAQQUH FIDDIN – Bulan Februari 2013
Oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi

Seminar Perubatan Islam (SEPIM)

Seminar Perubatan Islam (SEPIM), 09.02.2013 (Sabtu), Masjid Nur Bakti, Wakaf Baru, Jalan Gong Badak, K. Terengganu

Senarai Perawat Darul Salam Terkini 2013


Kenali Sihir


Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius.” Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir’aun.

Adam AF2 tubuh Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasan


Minat dalam ilmu perubatan Islam mendorong bintang yang digilap dari program Akademi Fantasia musim kedua, Adam AF2 berhijrah dan mendalami bidang keagamaan, lebih dua tahun lalu.
Namun, kata penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang juga pemilik nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 29, mengakui dia tidak berubah secara drastik atau terikut dengan artis lain yang berhijrah sebaliknya semuanya bergerak perlahan-lahan. 
“Sebenarnya, sudah lama saya terdetik hati nak berubah sekali gus mendalami agama Islam. Semuanya bermula apabila ahli keluarga terdekat jatuh sakit akibat perbuatan sihir. 

Sukar tidur sejak 13 tahun lalu?


MACHANG 11 Jan. - Seorang warga emas, Ibrahim Mat Noor, 78, dari Kampung Laklok di sini mendakwa menghadapi masalah sukar untuk tidur dan lebih banyak menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pada waktu malam, sejak 13 tahun lalu.

Isteri warga emas terbabit, Rokiah Mustafa, 60, berkata, masalah sukar tidur yang dihidapi oleh suaminya bermula selepas lelaki itu mengadu dipatuk seekor ular ketika sedang membersihkan kebun milik mereka di kampung berkenaan.

Menurut Rokiah, selepas kejadian itu, suaminya tidak mampu berjalan dan penglihatannya turut terjejas meskipun telah mendapatkan rawatan di hospital dan menerusi kaedah tradisional.

Hakikat tahdhirul-arwah

Hakikat tahdhirul-arwah dan kaitannya dengan jin Tahdhirul Arwah atau disebut di dalam bahasa Melayu, ‘memanggil ruh’, bukanlah perkara baru tetapi telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan bangsa Cina, India, Mesir kuno, Yunan, Roman, termasuk juga orang-orang Islam. Akhirnya dari semasa ke semasa sudah menjadi suatu ilmu yang dianuti orang-orang Barat.
 
Mohd Farid Wajdi di dalam bukunya mengatakan bahawa perkara ini memang telah lama wujud sehingga berjuta-juta manusia mengakui tentang ‘kebenaran’ mazhab Ruhani ini.

Kursus Perubatan Islam Darul Salam 2013

Bagi yang berhajat bolehlah menghubungi Darus Salam atau klik borang ini untuk dihantar ke Darussalam.

Laman web Darussalam : http://darussalam.net.my/

Resolusi Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012 Tentang Rawatan Tidak Syariah

Alhamdulillah Kongres Pengubatan Islam Nusantara Kali Pertama (KOPI 01) 2012 telah diadakan dengan jayanya pada 1 dan 2 Disember 2012. Ianya adalah anjuran Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPI) atau Darussyifa’ dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) dan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (JSTI, APIUM).

Saya sendiri telah menyertai Kongres ini dan saya sertakan di bawah catitan rasmi Resolusi Kongres Pengubatan Islam Nusantara 2012 untuk rujukan dan faedah semua (boleh juga diakses melalui laman rasmi GAPPIMA iaitu http://gappima.blogspot.com/2012/12/resolusi-kongres-pengubatan-islam.html). Oleh yang demikian, sah dan nyata di sini bahawa kenyataan saya tentang “Perawat Islam Yang Didampingi Jin” bukanlah pendapat peribadi saya tetapi telah dicapai kata sepakat oleh kesemua peserta-peserta Kongres yang antaranya adalah tuan-tuan guru dan perawat-perawat tersohor daripada Darussyifa dan Darussalam serta daripada Indonesia.
Resolusi yang berkaitan dengan kaedah rawatan yang tidak syariah (iaitu perawat menggunakan sihir, khadam, jin atau melibatkan perkara-perkara khurafat dan syirik): Resolusi 4, Resolusi 7, Resolusi 9, Resolusi 10, Resolusi 11, Resolusi 12, Resolusi 13 dan Resolusi 14.

Mengenali Tukang Sihir

  1. Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya
  2. Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ketempat yang sunyi.
  3. Memberi azimat-azimat tertentu
  4. Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami
  5. Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor
  6. Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
  7. Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masui sinar mentari
  8. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah
  9.  Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap denganya
  10. Dia membaca sesuatu yang tidak difahami
  11. Memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan
  12. Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau  pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

Sumber dari : -http://ustazsharhanshafie.blogspot.com/2012/05/mengenali-tukang-sihir.html

Kursus Rawatan Islam di Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi

Kursus Rawatan Islam di  Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi

Modul :

1) Membina Diri
2) Pendinding Diri
3) Ruqyah Syariah
4) Penganugerahan Sanad
5) Reflexology
6) Latihan Praktikal
Tarikh : 2 March 2013 (Sabtu)
Masa : 9 pagi hingga 5.00 petang
Yuran: RM 80.00 sahaja
Cara Pembayaran: Bayar terus ke akaun EZLY Business Solution: 1267-0000457-10-5 (CIMB Bank). Kemudian SMS maklumat pembayaran (iaitu nama, tarikh, waktu, jumlah) ke 019 – 3839 777 .

Tips Untuk Mengenali Perawat Islam Yang Didampingi Jin

Coretan ini sebenarnya merupakan “skrip” yang saya gunakan kepada semua pesakit-pesakit yang datang buat kali pertama di Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi. Oleh sebab saya sentiasa mengulangkan cerita yang sama, semua perawat-perawat di Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi pun sudah hampir boleh menghafalnya. Kadang-kadang kerana dah jemu mendengar siaran ulangan, mereka akan membawa diri sehinggalah sesi rawatan sebenar bermula barulah mereka datang semula untuk membantu saya.

Tajuk coretan ini ialah “Tips Untuk Mengenali Perawat Islam Yang Didampingi Jin”. Saya menggunakan perkataan “Perawat Islam Yang Didampingi Jin” dan bukan “Perawat Islam Yang Berdamping Dengan Jin” kerana terdapat ramai perawat yang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka didampingi oleh jin. Bukan kemahuan mereka untuk “ber”damping tetapi mereka yang telah “di”dampingi oleh jin. Mereka sendiri sebenarnya tidak sedar bahawa mereka telah diperdayakan oleh konco-konco iblis.